Sunday, June 12, 2011

Manusia Binatang meracun udang galah di Sungai Lubok China

Sudah banyak kali manusia berhati binatang meracun udang dan ikan di Sungai Lubok China hingga ke Sungai Timun dan ke Ramuan China. ini ialah kes terbaru yang dibuat oleh manusia binatang ini.

Mereka langsung tak tahu tentang bahayanya udang galah dan ikan yang diracun apabila dimakan akan memudaratkan tubuh badan.

Diingatkan kepada orang ramai, apabila membeli udang galah yang dijual oleh bukan orang tempatan dan harga yang murah iaitu ketika musim panas ialah udang yang jenis beracun. Jangan beli atau ambil kerana bahaya kepada kesihatan

Maklumat yang diterima ialah adalah orang yang sama meracun udang galah ini dan bukanya orang tempatan.

Saya ingin menyeru semua penduduk kampung daerah Lubok China Melaka/Negeri Sembilan atau persatauan Nelayan Sungai Timun,Persataun Nelayan Ramuan China supaya melakukan sembahyang hajat supaya mereka seksa bagaimana udang atau ikan yang terseksa menunggu
saat kematiannya.

SILA KLIK DI SINI DAN LIHAT LAPORAN MY METRO