Thursday, September 30, 2010

Gambar udang Galah



UDANG YANG DIPELIHARA DI NEW ZEALAND KLIK DI SINI UNTUK MELIHATNYA

Spesis udang galah ada juga dipelihara di New Zealand.Di Malaysia Spesis udang galah dan rasanya berbeza di antara tempat di Malaysia.Ada yang berkulit keras dan ada berkulit lembut dan ada spesis yang kecil dan juga ada yang besar.Di Sungai Lubok china dan Sungai Linggi rasa manis dan isinya pejal.Dahulu spesis udang di Sungai ini besar-besar tetapi sekarang kecil-kecil.Nasib anda dapat yang lebih besar.

Dulu saya memancing udang galah semasa ia makan batang kail melengkok tanpa henti kerana udang besar.Tapi sekarang hanya pancing bergegar nasib baik ada atau pun tidak.

Puncanya manusia yang perangai seperti binatang. Dalam setahun banyak kali sungai ini diracun oleh binatang-binatang yang berupa manusia.Sebab itu spesis udang ini terbantut.Bukan udang sahaja yang mati malah anak cucu dan cicit ikan dan udang ini habis mati. Marilah sama-sama kita doakan orang ini semoga dia mendapat bencana bagaimana saat-saat udang itu mati bila diracun.

Alhamdullilah Allah masih sayangkan udang-udang ini tidak semuanya mati dibahagian air pasang surut masin dan tawar.Udang itu masih kita boleh dapati di sungai Timun dan Lubok China walaupun diracun.

Tuesday, August 10, 2010

Kampung Sungai Timun

Sungai Timun adalah terkenal dengan udang galah, kunang-kunang (kelip-kelip) dan buaya.Sungainya bermula dari Sungai Rembau dan Sungai Pancang mengalir ke Lubok China dan bertemu dengan Sungai Linggi yang dipanggil Kuala Sungai Dua hingga ke Ke Kuala Linggi (muara) seterusnya ke laut Selat Melaka.

Airnya ialah pasang surut.Banyak ikan-ikan laut yang sampai ke Lubok China dari muara Kuala Linggi . Di antara ikan yang terdapat di sungai ini ialah udang galah,siakap,gelama,ikan duri sembilang, beliak mata, belukang, udang piai, ketam nipah,lokan,serkut manakala ikan darat pula ialah patin,baung,talapia,tongsan, pacu,sebarau, dan lain-lain ikan laut dan ikan air tawar.

Jika ingin memancing ikan laut, bot-bot boleh sampai ke Kuala Sungai Linggi melalaui Pengkalan Nelayan Sungai Timun,Pengkalan Lubok China dan Pengkalan Ramuan Cina Kecil.

Suasana Di Sungai Timun


Friday, January 15, 2010

Pemandangan Di Udara dari Lubok China ke Kuala Linggi


View Larger Map

Kemudahan di Pengkalan Sungai Timun




Kemudahan yang disediakan:
Chalet untuk menginap, tandas,surau,kedai makan dan bot-bot untuk disewa.Peralatan memancing boleh didapati di Pekan Lubok china yang dibuka sehingga pukul 9 malam.

Untuk mencari kedai makan di Pekan Lubok China banyak gerai-gerai yang anda boleh dapati di sini.

Jeti Pengkalan Sungai Timun




1. Gambar pertama pintu gerbang masuk ke Pengkalan Sungai Timun
2. Gambar kedua Jeti Pengkalan Sungai Timun
3. Gambar di bahagian bawah ialah tempat bot-bot berlabuh