Udang galah banyak terdapat di Sungai Timun dan Sungai Linggi terletak di Sempadan Melaka dan Negeri Sembilan,dipisahkan oleh sungai dari Lubok China hingga ke Muara Kuala Linggi,Melaka.Di sini juga ada buaya ,dankunang-kunang (kelip-kelip).dan burung bangau.banyak pelancong asing datang pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip
Thursday, September 30, 2010
Gambar udang Galah
UDANG YANG DIPELIHARA DI NEW ZEALAND KLIK DI SINI UNTUK MELIHATNYA
Spesis udang galah ada juga dipelihara di New Zealand.Di Malaysia Spesis udang galah dan rasanya berbeza di antara tempat di Malaysia.Ada yang berkulit keras dan ada berkulit lembut dan ada spesis yang kecil dan juga ada yang besar.Di Sungai Lubok china dan Sungai Linggi rasa manis dan isinya pejal.Dahulu spesis udang di Sungai ini besar-besar tetapi sekarang kecil-kecil.Nasib anda dapat yang lebih besar.
Dulu saya memancing udang galah semasa ia makan batang kail melengkok tanpa henti kerana udang besar.Tapi sekarang hanya pancing bergegar nasib baik ada atau pun tidak.
Puncanya manusia yang perangai seperti binatang. Dalam setahun banyak kali sungai ini diracun oleh binatang-binatang yang berupa manusia.Sebab itu spesis udang ini terbantut.Bukan udang sahaja yang mati malah anak cucu dan cicit ikan dan udang ini habis mati. Marilah sama-sama kita doakan orang ini semoga dia mendapat bencana bagaimana saat-saat udang itu mati bila diracun.
Alhamdullilah Allah masih sayangkan udang-udang ini tidak semuanya mati dibahagian air pasang surut masin dan tawar.Udang itu masih kita boleh dapati di sungai Timun dan Lubok China walaupun diracun.
Subscribe to:
Posts (Atom)